-->
KERAGUAN MELANDA
kembali menulis setelah lama menghilang
tiada tempat untuk meluahkan, hanya mampu menulis untuk meringankan beban yang dirasai dijiwa
otak kini kian bercelaru
tidak dapat lagi memilih
samada untuk memberi peluang untuk diri sendiri,
atau hanya menutup segala pintu hati yang kini dibuka sipi untuk seseorang yang ingin berhubungan serius.
elak meletak harapan pada manusia,
sifatnya berubah ubah,
harapan sepatutnya diletakkan pada Allah
berdoa padanya kerana hati kita semua milik Allah
kita hanya mencintai jasad yang diciptakan olehNya
tapi tipu lah jika langusng tidak berharap
setelah sekian lama aku mencari,
aku bertemu seorang kekasih hati yang menarik perhatianku.
tapi bimbang hati ini setelah mengenal hati budi,
si dia pergi kerana merasakan kami tidak serasi
aku patut terima seandai itu takdirnya
dan patut aku bersyukur dipertemukan
sekurang-kurangnya dia mengajar sesuatu kepada aku
menyayangi seseorang sebelum berjumpa, pelik kan?
itu yang terjadi
jatuh hati pada budinya
tapi kenangan lama sangat menyakitkan
sehingga aku takut untuk meneruskan sesi pengenalan ini
boleh aku berundur?
tapi sampai bila aku nak melarikan diri?
aku sedar, aku sejenis manusia yang hidup dalam memori
bukan hidup pada dunia semasa
setahun hidup aku terumbang ambing
dikatanya sayang tapi ditinggalkan
digunakan untuk kepentingan diri dia semata
sehingga semua lafaz sayang yang diucapkan sekarang,
takut hanya menyedapkan hati semata
sungguh aku tak nak lagi benda lama berulang
takut akan pedih semalam,
hari ini aku membuang penawarnya
aku jadi takut untuk berkenalan
tapi apa yang membuka hati untuk berkenalan dengan si dia?
hanya Allah yang mengetahuinya
mungkin datang untuk menetap
mungkin datang untuk menyinggah
jujur aku kata kan,
aku nekad
seandainya dia bukan jodohku,
dia yang terakhir untuk aku berkenalan
aku tak nak sebarang perkenalan lagi selepas ini.
biar aku seorang
tanpa perlu aku menjaga hati orang, orang nak jaga hati aku,
untuk impress kan orang.
aku tak mampu
sekarang pun aku tak mampu
aku rasa sekarang macam dia juga akan berlalu pergi
maafkan aku,
aku penuh dengan luka
jangan sayangkan aku jika tak mampu terima luka aku
jika tidak tahu menyayangi aku
aku taknak melukaimu,
aku juga taknak dilukai lagi.
tapi jika kau menetap,
ajari aku cara menyayangimu
sekiranya kau pergi,
aku tidak menghalang
sedangkan kau datang pun
tak pernah aku undang.
salam sayang dari aku
0 comments:
Post a Comment
Nak komen,komen la..
Shuke3.. ^^