-->
CuiT-CuiT,FiLZaH D'SiNi!

My Layout Site



my music




Sunday, 5 July 2020

KERAGUAN MELANDA


kembali menulis setelah lama menghilang
tiada tempat untuk meluahkan, hanya mampu menulis untuk meringankan beban yang dirasai dijiwa
otak kini kian bercelaru
tidak dapat lagi memilih
samada untuk memberi peluang untuk diri sendiri,
atau hanya menutup segala pintu hati yang kini dibuka sipi untuk seseorang yang ingin berhubungan serius.

elak meletak harapan pada manusia,
sifatnya berubah ubah,
harapan sepatutnya diletakkan pada Allah
berdoa padanya kerana hati kita semua milik Allah
kita hanya mencintai jasad yang diciptakan olehNya
tapi tipu lah jika langusng tidak berharap

setelah sekian lama aku mencari,
aku bertemu seorang kekasih hati yang menarik perhatianku.
tapi bimbang hati ini setelah mengenal hati budi,
si dia pergi kerana merasakan kami tidak serasi
aku patut terima seandai itu takdirnya
dan patut aku bersyukur dipertemukan
sekurang-kurangnya dia mengajar sesuatu kepada aku
menyayangi seseorang sebelum berjumpa, pelik kan?
itu yang terjadi
jatuh hati pada budinya

tapi kenangan lama sangat menyakitkan
sehingga aku takut untuk meneruskan sesi pengenalan ini
boleh aku berundur?
tapi sampai bila aku nak melarikan diri?
aku sedar, aku sejenis manusia yang hidup dalam memori
bukan hidup pada dunia semasa
setahun hidup aku terumbang ambing
dikatanya sayang tapi ditinggalkan
digunakan untuk kepentingan diri dia semata
sehingga semua lafaz sayang yang diucapkan sekarang,
takut hanya menyedapkan hati semata
sungguh aku tak nak lagi benda lama berulang
takut akan pedih semalam,
hari ini aku membuang penawarnya

aku jadi takut untuk berkenalan
tapi apa yang membuka hati untuk berkenalan dengan si dia?
hanya Allah yang mengetahuinya
mungkin datang untuk menetap
mungkin datang untuk menyinggah

jujur aku kata kan,
aku nekad
seandainya dia bukan jodohku,
dia yang terakhir untuk aku berkenalan
aku tak nak sebarang perkenalan lagi selepas ini.
biar aku seorang
tanpa perlu aku menjaga hati orang, orang nak jaga hati aku,
untuk impress kan orang.
aku tak mampu
sekarang pun aku tak mampu
aku rasa sekarang macam dia juga akan berlalu pergi
maafkan aku,
aku penuh dengan luka
jangan sayangkan aku jika tak mampu terima luka aku
jika tidak tahu menyayangi aku
aku taknak melukaimu,
aku juga taknak dilukai lagi.
tapi jika kau menetap,
ajari aku cara menyayangimu

sekiranya kau pergi,
aku tidak menghalang
sedangkan kau datang pun 
tak pernah aku undang.
salam sayang dari aku


Posted by Filzah at 22:31 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Thursday, 15 February 2018

UIA

lama tak menulis blog ni rasanya..hahaha
anyway, sekarang da masuk sambung degree..
paling tak terjangka tempat aku sambung belajar ni UIA..
tak pernah terfikir or terlintas di hati mahupun minda yang 
aku akan belajar di sini..
First keluar result upu,
seronok !
tapi bila tengok nama UIA ni..
perghhhhhhhhhhh
terasa aneh plak.. sebab target masuk UTHM, UTM..
sekali dapat sini..
then abah said " kata nak belajar oversea, so ni macam p oversea jugak la"
aku pun... hmm.. ok la ..
nak buat macam mana.. ntah kenapa hati aku langsung tak tertarik dgn UIA ni..
then mula la buat research pasal UIA..
betapa risaunya aku bila dengar UIA ni ada EPT,APT and TPT..
English Placement Test
Arab Placement Test
Tilawah placement Test
menarik bukan ? 😂
EPT ni wajib exit utk semua kos xsilap aq..
level 6 min..
tp APT kalau tak exit untuk based english still boleh masuk kuliyyah 
kalau based arab wajib exit APT baru boleh masuk kuliyyah..
but kalau kos macam KICT, ENGIN APT min dia level 2 dah memadai..
tp yang based arab wajib lepas APT dan EPT untuk teruskan kuliyyah..
sakit bukan ?😂
Then, first day masuk, aku dan roommate aku semua total 4 orang..
esoknya tu terus exam..
hanya budak direct intake je keyh rasa benda nieyh..
untuk CFS tak ada tau..
okay, bermula puak2 antara budak DI ni sebab tak kenal sesiapa,
background ada dari dip, stpm n asasi..
kalau CFS ni memang semua dah kenal antara satu sama lain..
So, tak lekang dari group diorang la..
CFS ni budak asasi UIA yang sambung degree UIA
so masa kumpul ikut kos tu, dah memang budak DI ni patut cari member kos siap2
at least ambil nombor diorang.
kalau tak, nanti terkontang kanting sorang2..
after that, 2 orang exit EPT tp tak lepas APT..
tapi still boleh teruskan kuliyyah because diorng kos based english
then, aku dan sorang lagi sangkut..
dua2 sangkut di level 6..
EPT cuma ada reading paper dan writing paper
tpi kalau masuk kelas nanti dia tambah speaking test
each paper wajib dapat 5.5 ke atas untuk dapatkan overall band 6
tapi malangnya paper writing kitorang dapat band 5 je..
0.5 lg hilang dari radar. 
so, bermula lah kelas CELPAD..
hamput diri sendiri sampai kesudah sebab tak pandai english la
menyesal tak belajar english lah
sebab tu masuk CELPAD..
CELPAD ni centre bahasa macam persediaan untuk ke kuliyyah
macam mana nak pergi belajar Korea,kena masuk kelas persediaan belajar bahasa kan
macam tu la lebih kurang.. 
kelas bahasa smua under diorang..
so, kita tak boleh nak gelar diri budak engineering lagi lah time tu..
hampa dan kecewa. 
sebab bermula batch sem 2017/2018 jugak la, 
semua aktiviti koku under U tak boleh sertai sama sekali..
padahal minggu first tu aku dah excited pergi ujian nak masuk palapes
sumpah sedih sebab dapat arahan orang atas,
budak celpad tak boleh join diorang..
siap buat surat, dan surat tu di cop sebesar2nya, 'REJECTED'
sebab kat CELPAD ni cuma belajar english selama 1 semester..
bukan 1 bulan ye,bukan 2 bulan
tapi 1 sem
so,belum masuk kuliyah pun dah extend..
bahagia bukan ?? 
tapi lama kelamaan aku suka suasana kelas di CELPAD..
sebab kawan mostly foreigners..
ada 27 classmates, hanya 8 orang melayu
yang lain dari pelbagai negara, Syria, Indonesia, Thailand, Vietnam, Turkey, Guinea, Sudan
dan China..
seronok jugak kawan dengan diorang..
kita boleh tahu culture diorang dan pelbagai bahasa
lepas 1 sem, final exam english..
aku exit akhirya
dan aku terlalu gembira tapi dalam masa yang sama
aku sedih sebab aku rindu lecturer celpad yang sangat baik hati
dan rakan2 foreigners aku..
dah masuk la kuliyah..
seronok sangat kan..
last2 kat kuliyyah, sentiasa sakit kepala..hahahah
sebabnya terlampau banyak input perlu dihafal dan dipelajari..
otak aku dah berkarat sebab tinggal belajar hampir 2 tahun 
dan belajar basic pun dah almost 5 years i think aku tinggalkan
nak dapatkan satu persatu bukan mudah kalau kita tak study..
memang pecah kepala nak ingat balik semula..
but alhamdulillah dah boleh follow..
kecuali engineering math 2..
sakit hati dan sakit otak bila lect ang anggap ang pun budak CFS
So, diorang semua da basic ni..
contoh paling senang, programming..
orang cakap senang je, kecoh la kau ni...
bagi aku yang baru nak belajar, nak faham ni susah la pada mulanya
actually niat nak belajar ada, 
but once bila lect kau macam nak tak nak layan kau sebab dia anggap kau CFS 
and u have the basic, why u cant do it right..
last2, aku cakap kat dia, tekan kat dia yang aku tak dak langsung basic sbb im not CFS
then baru lah dia ajar one by one 
ha, lupa.. yang best UIA ni adalah suasana dia..
 bagi aku la suasana di sini tenang 
tu jela kot nak bagitahu tentang UIA ni..
aku harap boleh la aku dapat degree dalam masa yang ditetapkan
aku nak sambung kerja balik
sepatutnya umur cam aku ni dah ada kerja tetap..
tak pa.. kita hanya mampu merancang..
Allah yang tentukan..
inshaaAllah yang mana baru nak masuk sini tu,
cubalah sesuaikan diri..
actually semua tempat sama..
UIA sebenarnya sama macam U lain cuma lebih islamik,
sampaikan kuiz statics pun ada kuiz islamik kat bahagian bawah ye..
takpe2
untuk kebaikkan kita jugak
sapa yang dapat sini just terima je offer tu,
once dah masuk,inshaaAllah everything will be better..
Pesanan khas :
1. budakk yang direct intake silakan buat latihan guna MUET pun takpa

2. Hidup kat U untuk degree suasana dia lain, kena adapt.. tak macam dip..
kawan boleh tunggu kita.. kat U, kau lambat, kau belakang, lantak kau.. sini banyak kawan sebab nak ilmu je, then da habis, memasing buat tak kenal..

3. Jangan berharap ada kawan nak teman kau 24 jam macam masa Dip, stpm and etc

4. Bagi aku,nak mencipta kenangan untuk budak STPM, Asasi U lain,Matrik dan sebagainya tu boleh la.. but for Diploma student macam aku, zaman dip dulu lebih seronok dan dah lalui da semua ni bertahun2..

5. Belajar rajin2..
Kelas Celpad Level 6 Section 2 ( Female Student )
Kelas Celpad Level 6 Section 2 ( Male Student )




Syrian girl
from left -  Mustafa (China), Aziz (Vietnam), the rest melayu lah
tapi tudung grey tu samakos aku, sama bilik, sama kelas.. hahaha

Chinese girl from China
not Malaysian Chinese ok



Yemen boy
Rindunyaaaaaaa

itu sahaja.. SEKIAN, TERIMA KASIH..
Posted by Filzah at 01:05 1 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Wednesday, 14 October 2015

I've Changed


Lama rasanya xupdate blog aq nieyh.. haha
Hari ni nak update tentang diri aq yang sebenarnya cuba untuk berubah
dugaan ? memang berat.. xperlu tanya rasanya..
okeyh, dulu aq panas baran, muram suram hahaha
pakaian lebih kurang, asal nak keluar je grab sweater, tudung bawal.. 
sebab aq ni minat fesyen ala-ala laki.. xminat la ladies nie.. oh plezzzzz...
so, aq cuba dengan pakai shawl.. tapi aq xsuka yang melilit lebih lebih..
cukup la sekadar nampak remaja sikit an.. 

pasal panas baran memang susah kot nak ubah jadi salji..
elok je aq nak berbaik or be cool, mesti time tu akan ada sorang yang buat aq 
jadi macam gunung berapi nak muntahkan laharnya.. hahaha
but, bila marah sekarang, aq banyak diam dan elakkan..
sebab bila buat macam tu, aq rasa macam reda kan kemarahan aq..
untuk senyum dan muka xmuram suram selalu, 
aq solat.. 
aq dulu memang liat solat kadang xbuat pun.. 
tapi tah dari mana datang insaf diri cuba menjadi lebih baik, 
then, i try to be rajin okay.. 
alhamdulillah, Allah permudahkan kerja aq..
dan untuk elak dari berasa sunyi bila sorang sorang, 
cuba la pegang Al-Quran plak.. 
try this one, lengkap dengan peringatan tajwid, terjemahan.. msti kalau yang baca macam rasa baca novel tentang sejarah...try it.. 

indahkan harimu dengan kitab suci, kalam Allah, panduan muslim yang benar..
aq da cuba, alhamdulillah..
kalau kita ada masa untuk pegang phone ? 
kenapa tidak ada masa untuk pegang AL-Quran ? 
tepuk dada tanya iman..
aq bukannya wanita solehah, aq juga bukan para ulama' atau pencetus ummah..
cuma dah ada kesedaran dalam diri untuk berubah..
aq juga perlaku dosa.. sebab kita manusia.....
okay2, stop ? hahahaha


Posted by Filzah at 19:06 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Secret Message For You


Sehingga hari ini aku merindui

Saat dikau disisi

Tapi sayang benar

Si dia sudah berpunya

Aku tertanya-tanya

Kenapa dia begitu mesra denganku

Apa aku seperti adik buatnya?

Atau sekadar tempat melepaskan perasaannya

Sering dijadikan tempat

Untuk berbicara soal hati

Tapi akhirnya aku menyendiri

Atau aku perlu menyedari

Hati aku cuma seperti kedai kopi

Sekadar persinggahan di petang hari

Bukan untuk dihuni

Bukan mudah untuk melupakan kau

Namun tidak mudah juga bagi aku

Untuk terus mengingati kau

Sedangkan dikau

Cinta yang tidak halal bagiku

Maafkan aku..

Mr. A


What's On Your Mind?


AnaFilzah
10/02/2018
Single and Available

MY MOTHER



Insan y plg aq syg skali..tnpa dia cpe la aq..y jge aq drik kcik g..
..nie mama aq t'syg
..xde die,glap dnie aq..hmm

MY FATHER



Ha...cute? nie mcm aq sbb aq ikot mke die..
hehex..nie ayh aq la..kje biase jew but lpsan U gak..huhux..bkas askar..pntang lwat..ssh2..hehex..

MY BROTHER



ni cpe ek? nk tw? nie la abg aq pling sengal..haha..kwn trpat lam fmly die la,aq adk y mnje ckit..
miz him..die skunk blajo kt ipoh..syg cgt ipoh uuh smpai xingt nk blik rmh..

AISAR

dak nieh dah tntu larh adik aq..hehex..rmai org ckap mke die cm aq? ye ke? aq rse xkowt..dok ngan die,24 jam gadoh jew.. hihx..bkn aq y mla,dia y mla..

Dance Group




~My Second Family sampai bila-bila~
~I will never forget all of you~
~Geng Tari PUO~


Celpad



~English Class~
~IIUM~


Kamsis PUO



~Rakan Sebilik~
~Kamsis PUO~


Mera Yaar




~BFF~
~Love you all the time~
~Since 2007~


Penangrian




~Rakan senegeri~
- Partner berjalan -

About Me !





Filzah Athirah

19/04/1994

Searching for someone

Penang

Nak tahu lebih dekat, pm fb ye
Filzah Le Randonneur


FILZAH

ONLINE Stalker

Pendidikan


SUBJEK :
SEKOLAH RENDAH :
1. SK SERI BAYU


SEKOLAH MENENGAH :

1. SMK TELUK KUMBAR II
2. SMK PAUH JAYA
3. SMK SEKSYEN 2, BANGI
4. SMK SULTAN ABDULJALIL
5. SMK TELOK KUMBAR


PENGAJIAN TINGGI :

1. DIPLOMA - PUO
2. IJAZAH SARJANA MUDA - IIUM
(masih dalam pengajian)


IBU BAPA,RAKAN-RAKAN
DOAKANLAH KEJAYAAN AKU.
AKU MEMERLUKAN
SOKONGAN KAMU SEMUA.
DOAKAN AKU
TERUS BERJAYA


Blog Archive

  • ►  2011 (57)
    • ►  Jun (20)
    • ►  Jul (17)
    • ►  Aug (8)
    • ►  Sept (6)
    • ►  Oct (5)
    • ►  Nov (1)
  • ►  2012 (10)
    • ►  Jan (1)
    • ►  Aug (3)
    • ►  Oct (2)
    • ►  Nov (1)
    • ►  Dec (3)
  • ►  2013 (9)
    • ►  Jan (5)
    • ►  Mar (3)
    • ►  Aug (1)
  • ►  2014 (1)
    • ►  Jan (1)
  • ►  2015 (1)
    • ►  Oct (1)
  • ►  2018 (1)
    • ►  Feb (1)
  • ▼  2020 (1)
    • ▼  Jul (1)
      • KERAGUAN MELANDA

Zaman Kerja


EX Warga FCSB

Kampus PUO




HaRi SeLaSa HaRi GiLa


aT HoMe



WaJaH HaRI RaYa


Hajat Hati



Dapat Ijazah Sarjana Muda


Dapat Kerja


Beli Rumah

Bawa family holidays dgn duit sendiri

Nikah

5 MAJU

DKA 1B

CELPAD IIUM

Powered by Blogger.